Tuesday, March 24, 2009

Lawatan ke kandang MamaAgro di Ulu Langat

Aku telah membuat lawatan ke MamaAgroFarm di Ulu Langat dan berjumpa dengan 'owner' farm kambing tu sendiri.Kami berbual-bual dan berbincang mengenai penternakan kambing ini kerana Samudera Farm masih mentah lagi dalam penternakan kambing ini.Jadi,kami kena buat research sendiri dan pergi jumpa otai-otai yang pernah membela tok janggut nih.











Agak sakit kepala jugak memikirkan "pro and con" penternakan kambing ini kerana banyak aspek yang perlu dinilai dalam jangka panjang.Kalau takat nak bela kejap jerk,baek den bela tikus hamster..hua hua hua.
Setelah wa pusing=pusing berjumpa beberapa lain penternak, wa boleh buat kesimpulan tak rasmi di mana salah satu cara penjualan kambing adalah di antara penternak lama dengan penternak baru.Ada juga antara penternak lama dan penternak lama.

Dan kebiasaannya 2 cara yang depa nih selalu bikin kat kandang memasing iaitu cara breeding dan trading.Cara "trading" adalah yang selalu depa buat kerana takmo simpan lama sangat kambing kat kandang.

Bila pikir-pikirkan balik,seolah-olah pulangan penternakan kambing nih agak lambat dan memerlukan maintenance dan komitment yang agak tinggi gak.Takat kalau ada awek nak di jaga,wa rasa jaga kambing lagi tinggi maintenance nya.....heheheee...

Itu pasal,biler aku buat site visit di kandang kambing, ada sesetengah owner bikin additional job seperti bikin rumah cendawan, fertigasi cili dan juga ternak ikan keli.Puhh...banyak tul nak pusing duit....!!..respekkk..respekk....

Kandang kami dah siap secara keseluruhannya dan tinggal nak masuk tok janggut jerk...hehe
Cuma bila wa nak bikin critical desicion samada nak masukkan atau idak kambing,memang susah beb....

Apa-apa pun, kandang dah siap....layan jer laaaaa....

K-Ril

1 comment:

  1. salam hormat!:D ..hmm nti2 kalau nak menternak or beli kambing..bleh saya rekemen bro/blogspot nih.. =]


    salam ramadan
    adib

    ReplyDelete